Maklumat Terkini

Kekosongan Terbaru bagi jawatan berikut:

Tarikh akhir kemaskini: 7Mac 2010

Read more...
Utama Kursus Ditawarkan Yuran Pengajian


Jumlah Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini8
mod_vvisit_counterSemalam9
mod_vvisit_counterMinggu Ini38
mod_vvisit_counterMinggu Lepas76
mod_vvisit_counterBulan Ini88
mod_vvisit_counterBulan Lepas511
mod_vvisit_counterSemua Hari8992
Yuran Pengajian

 

KTYAGA membantu di dalam menguruskan pembiayaan pengajian pelajar. Pembiayaan akan diberikan kepada pelajar-pelajar yang layak mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan. Sumber pembiayaan semasa boleh diperolehi daripada:

 

 

Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Syarat Pinjaman

  • Bumiputera & Warganegara Malaysia
  • Belum pernah mendapat tajaan.
  • Tidak pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin.
  • Diperakui sihat dan normal oleh doktor yang bertauliah.
  • Memenuhi syarat-syarat sosio ekonomi  (Pendapatan keluarga ? RM50,000 setahun).
  • Nilai Pinjaman adalah berdasarkan yuran pengajian, elaun sara hidup, elaun buku, elaun kertas projek dan elaun perkakas. Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

 

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran(PTPK)

Syarat Pinjaman

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur di antara 15 hingga 25 tahun pada tahun latihan dijalankan.
  • Mengikuti program latihan Sijil/ Diploma Kemahiran Malaysia sepenuh masa yang diluluskan oleh Perbadanan.
  • Mengikuti latihan di Penyedia Latihan yang diluluskan oleh Perbadanan.
  • Telah disahkan berdaftar dengan JPK untuk menjalani latihan berkenaan dalam tempoh masa   yang ditetapkan.
  • Berasal dari keluarga yang berpendapatan tidak melebihi RM5000 sebulan.
  • Pemohon hendaklah mengemukakan 2 orang penjamin.
  • Tidak mendapat bantuan kewangan penuh daripada mana-mana agensi kerajaan.
  • Nilai Pinjaman adalah merangkumi Yuran Pengajian dan Elaun Sara Hidup sahaja.

 

Skim Pembiayaan Pendidikan, Yayasan Pelajaran MARA (SPIN)

Syarat Pinjaman

  • Bumiputera & Warganegara Malaysia.
  • Menuntut dan mengikuti pengajian sehingga tamat di IPTS yang berdaftar dibawah Skim  Pembiayaan Pendidikan YPM (SPIN)
  • Tidak menerima sebarang pembiayaan daripada mana-mana pihak.
  • Memenuhi syarat-syarat sosio-ekonomi keluarga dengan pendapatan tidak melebihi RM80,000            setahun.
  • Keutamaan kepada pemohon dari kalangan anak yatim atau anak kepada ibu/ bapa tunggal.
  • Nilai Tajaan adalah yuran pengajian sahaja.                      

 

 

Yayasan-Yayasan Pelajaran Negeri

Syarat Pinjaman 

  • Bergantung kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan mengikuti Yayasan Negeri masing-masing.
  • Proses mendapatkan pinjaman adalah di antara 4 hingga 6 bulan dan bayaran balik perlu dibuat setelah pelajar menamatkan kursus yang diambil.