Maklumat Terkini

Kekosongan Terbaru bagi jawatan berikut:

Tarikh akhir kemaskini: 7Mac 2010

Read more...
Utama


Jumlah Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini6
mod_vvisit_counterSemalam8
mod_vvisit_counterMinggu Ini74
mod_vvisit_counterMinggu Lepas84
mod_vvisit_counterBulan Ini48
mod_vvisit_counterBulan Lepas511
mod_vvisit_counterSemua Hari8952

Pengenalan

Dalam usaha memberikan perkhidmatan berkualiti kepada pelajar dan kakitangannya, pihak pengurusan perpustakaan sentiasa memperlengkapkan kemudahan perpustakaan dari semasa ke semasa bersesuaian dengan keperluan serta memanfaatkan sepenuhnya peruntukan yang diberikan oleh pihak pentadbiran. Elemen-elemen pengurusan yang menjadi tunjang kepada perjalanan operasi perpustakaan adalah seperti berikut:

Waktu perkhidmatan yang konsisten adalah perlu untuk mengatur perjalanan operasi perpustakaan. Pihak pengurusan telah menetapkan waktu perkhidmatan seperti yang dinyatakan di bawah. Waktu perkhidmatan perpustakaan adalah seperti berikut :

 Hari Waktu Perkhidmatan Sesi Biasa
 Isnin - Khamis 8.30 pagi - 5.30 petang
 Jumaat 8.30 pagi - 1.00 tengahari
 2.30 petang - 5.30 petang
 Sabtu, Ahad, Cuti Umum TUTUP

Misi & Objektif

  • Menjadi pusat penyebaran maklumat yang terbaik.
  • Memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada warga kolej.
  • Mewujudkan budaya celik ilmu di kalangan pelajar.
  • Menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik.
  • Meningkatkan kadar literasi maklumat di kalangan pelajar.
  • Menjana budaya intelektualisme di kalangan pelajar.
  • Mewujudkan budaya menyanjungi ilmu dan pengetahuan.

Fungsi & Peranan

  • Menyediakan bahan-bahan rujukan untuk pelajar dan kakitangan.
  • Mengurus pembelian buku berdasarkan pengajian yang ditawarkan.
  • Tempat rujukan untuk pencarian bahan bercetak dan berkomputer.
  • Menyediakan satu tempat mengulangkaji pelajaran secara kondisi.

Klasifikasi Bahan

Perpustakaan KTYAGA menggunakan kaedah SISTEM PENGKELASAN PERPULUHAN DEWEY (DEWEY CLASSIFICATION SYSTEM) dalam pengklasifikasian bahan-bahan rujukannya. Sembilan bahagian mewakili sembilan bidang ilmu pengetahuan dan satu bahagian untuk bahan-bahan yang terlalu umum seperti ensiklopedia, akhbar dan terbitan berkala. Setiap kelas utama dikenali dengan penggunaan nombor siri ke seratus seperti berikut:-

  • 000 - Karya Am / Komputer
  • 100 - Falsafah
  • 200 - Agama
  • 300 - Sains Kemasyarakatan / Ekonomi
  • 400 - Bahasa
  • 500 - Sains Tulen / Matematik
  • 600 - Teknologi / Pengurusan
  • 700 - Kesenian
  • 800 - Kesusasteraan
  • 900 - Geografi, Sejarah & Biografi

Koleksi :

  • KOLEKSI BUKU TEKS
  • KOLEKSI BUKU RUJUKAN
  • KOLEKSI RUJUKAN TANDA MERAH (RED SPOT)
  • KOLEKSI FIKSYEN
  • JURNAL
  • MAJALAH
  • AKHBAR (Utusan dan The star)