Maklumat Terkini
Kekosongan Terbaru bagi jawatan berikut: Tarikh akhir kemaskini: 7Mac 2010 |
| Read more... |
Kekosongan Terbaru bagi jawatan berikut: Tarikh akhir kemaskini: 7Mac 2010 |
| Read more... |
| Buletin Kolej |
| Aktiviti Semasa |
| Daftar Online |
|
Menyediakan peluang pendidikan kepada anak bangsa adalah merupakan hasrat yang mencetuskan idea kewujudan Kolej Teknologi Yayasan Alor Gajah. Cita-cita murni ini menjadi kenyataan apabila Menteri Pendidikan Malaysia meluluskan Kolej ini sebagai sebuah institusi pengajian tinggi swasta pada tahun 1997. Dengan status dan kepercayaan yang diberi membolehkan Kolej menyumbang secara aktif bagi melahirkan tenaga mahir dalam pelbagai bidang yang diperlukan oleh negara. Meskipun bermula dengan pengambilan pelajar Pra-Sains Universiti Teknologi MARA (UiTM) seramai 87 orang pada Mei 1997, namun selepas lima tahun beroperasi jumlah pelajar telah meningkat kepada 635 orang. Sebahagian besar pelajar kumpulan pertama ini menyambung pelajaran mereka ke peringkat diploma dan ijazah dalam pelbagai bidang sains di UiTM. Kejayaan cemerlang kumpulan pertama ini mendorong UiTM menggalakkn Kolej melaksanakan kursus Diploma Perakaunan, Diploma Pengajian Perniagaan dan kursus-kursus persediaan.
Dalam perlumbaan menguasai ilmu dan kemahiran pada era teknologi maklumat ini Kolej tidak mahu ketinggalan, kursus-kursus berasaskan komputer diperkenalkan mencakupi bidang Pentadbiran Sistem Maklumat, Kejuruteraan sistem Komputer, Multimedia, Pengaturcaraan dan Rangkaian. Di samping itu, kursus-kursus Elektrik dan Penyejuk Bekuan turut diperkenalkan di Pusat Kemahiran dan Latihan di Masjid Tanah.
Kepelbagaian kursus yang ditawarkan ini bukan sahaja memenuhi citarasa pelajar dan tuntutan pembangunan negara malah ianya mendekatkan impian pemimpin dan masyarakat Alor Gajah untuk merealisasikan hasrat ”Satu Rumah Satu Graduan” di daerah ini.
|
|
|