Maklumat Terkini

Kekosongan Terbaru bagi jawatan berikut:

Tarikh akhir kemaskini: 7Mac 2010

Read more...
Utama Info KTYAGA Ucapan Pengasas


Jumlah Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini6
mod_vvisit_counterSemalam8
mod_vvisit_counterMinggu Ini74
mod_vvisit_counterMinggu Lepas84
mod_vvisit_counterBulan Ini48
mod_vvisit_counterBulan Lepas511
mod_vvisit_counterSemua Hari8952
Ucapan Pengasas

 

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.

Kalau abad 20 manusia dikejutkan dengan ledakan Teknologi Maklumat dan implikasi yang mengiringinya bersama namun abad ke 21 ini telah memaksa setiap insan berikhtiar, bekerja keras dan bersaing demi kesejahteraan hidup sebagai manusia biasa.

Hakikat ini harus diterima samada kita suka atau tidak kerana hidup mati harus diteruskan. Dalam usaha untuk memenuhi keperluan biologi dan spiritual ini kita tidak boleh lari dari menguasai ilmu dan kemahiran yang memungkinkan kita mampu bersaing dan berjaya. Tanpa ilmu dan kemahiran yang merupakan pra syarat untuk kita mengukir kemajuan, kita tidak mungkin dapat merealisasikan impian tersebut.

Di sinilah letaknya kebijaksanaan seseorang itu dalam menentukan masa depannya. Dengan meluasnya peluang memperolehi pendidikan tinggi dan penguasaan kemahiran yang disediakan oleh berbagai pihak di negara ini, ianya tidak harus dilepaskan begitu sahaja. Lebih-lebih lagi dengan meningkatnya secara mendadak belanja hidup, kelulusan sekadar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sudah tidak menjanjikan sesuatu yang menarik. Lantas meneruskan pelajaran ke peringkat Diploma yang berupa kemahiran atau akademik dan seterusnya ke peringkat Ijazah adalah satu-satunya pilihan yang terbaik.

Mengapa tidak ke Kolej ini yang menyediakan kursus-kursus yang dapat memenuhi keperluan tenaga kerja masa kini.

CERAHKAN MASA DEPAN ANDA

DATUK WIRA ABU SEMAN BIN YUSOP
Ahli Parlimen Masjid Tanah
merangkap Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia