|
KELAYAKAN MASUKĀ PROGRAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) 1. Syarat Am - Untuk Bumiputera Sahaja
- Lulus SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA ( 5 ) kepujian termasuk Bahasa Melayu.
2. Syarat Khas Program 2.1 Pra Diploma Perdagangan (PD003)(KA4491) - Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI serta
- Lulus Matematik / Matematik Tambahan
- Lulus Bahasa Inggeris
2.2 Diploma Pengajian Perniagaan (BM111)(KA4489) - Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Inggeris DAN Matematik / Matematik Tambahan ATAU
- Lulus program Pra Diploma Perdagangan (PD003) dari UiTM.
2.3 Diploma Perakaunan (AC110)(KA4490) - Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Inggeris DAN Matematik / Matematik Tambahan sekurang-kurangnya gred 5C ATAU
- Lulus program Pra Diploma Perdagangan (PD003) UiTM dengan mendapat minimum HPNG 3.50 ATAU
- Lulus Sijil Politeknik / IKM atau dari institusi lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dalam bidang perakaunan dengan mendapat minimum HPNG 3.50 DAN
- Lulus SPM / Setaraf yang diiktiraf setaraf dengannya olek Kerajaan Malaysia dengan mendapat EMPAT ( 4 ) kepujian termasuk Bahasa Inggeris DAN Matematik / Matematik Tambahan
|
|
|