Maklumat Terkini

Kekosongan Terbaru bagi jawatan berikut:

Tarikh akhir kemaskini: 7Mac 2010

Read more...
Utama Info KTYAGA Sejarah Penubuhan


Jumlah Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini6
mod_vvisit_counterSemalam8
mod_vvisit_counterMinggu Ini74
mod_vvisit_counterMinggu Lepas84
mod_vvisit_counterBulan Ini48
mod_vvisit_counterBulan Lepas511
mod_vvisit_counterSemua Hari8952
Sejarah Penubuhan
premis1.jpg

 

 

Kemunculan Kolej Teknologi Yayasan Alor Gajah (KT-YAGA) sebagai institusi pengajian tinggi swasta ketika kesedaran masyarakat tentang pentingnya pendidikan bagi generasi hari ini, memang tepat pada waktunya. Lebih-lebih lagi, kebelakangan ini wujudnya hasrat di kalangan pemimpin

negeri Melaka untuk menjadikan negeri ini sebagai koridor ilmu. Justeru itu, di atas kesedaran Ahli Parlimen Alor Gajah, Y.B. Datuk Wira Abu Seman bin Yusop dengan pengalaman dan kepimpinan politik yang ada bergabung tenaga dengan ahli-ahli pendidikan setempat, telah melahirkan sebuah institusi pendidikan bagi meneruskan kesinambungan kecemerlangan pendidikan kepada masyarakat setempat.

KT-YAGA dimiliki oleh YAG College Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat kepada Yayasan Alor Gajah. Ditubuhkan pada 15 Mac 1997 dengan tujuan menyediakan tempat belajar kepada pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan tetapi tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Walaupun pada asasnya objektif menubuhkan KT-YAGA ditujukan kepada anak-anak kawasan Parlimen Alor Gajah, tetapi setelah beroperasi, peluang ini dibukakan kepada semua pelajar di negara ini yang memerlukan pendidikan tanpa mengira latarbelakang dan tempat asal mereka.

Sesungguhnya KT-YAGA merupakan sebuah institusi pendidikan yang dinamik dan berkembang dengan pesat dalam jangkamasa yang singkat. KT-YAGA menyediakan pendidikan yang berkualiti dalam persekitaran yang menggalakkan pelajar-pelajar mencapai kecemerlangan akademik.

Mementingkan pengajaran dan pembelajaran yang bermutu, menyediakan kemudahan pembelajaran yang lengkap dan menitikberatkan kebajikan pelajar merupakan falsafah KT-YAGA. Dengan bantuan gabungan tenaga akademik yang berpengalaman dan dedikasi membolehkan pelajar-pelajar memaksimumkan prestasi diri selama mereka menuntut di sini.