|
Sesi Pendaftaran Baru Pelajar UITM Pada 25/5/09 bersamaan dengan hari Isnin, Kolej Teknologi Yayasan Alor Gajah telah memulakan sesi pendaftaran bagi pelajar baru UiTM. Sesi ini telah melibatkan 5 orang pensyarah UITM dan JPK. Pada keseluruhannya sesi pendaftaran berjalan dengan lancar dan seramai 16 orang pelajar baru telah mendaftar. Sesi pendaftaran baru ini telah dibuka dari 25/5/09 hingga 29/5/09. Pelajar-pelajar baru dialu-alukan untuk menghubungi unit Pemasaran atau datang terus ke kolej kami untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran ini.  Taklimat kepada para pelajar telah diberikan oleh pegawai yang terlibat bagi memperkenalkan mereka dengan program yang akan diambil oleh mereka.  Tarikh akhir kemaskini: 27/5/09 |
|